Azam seperti,
"Kita kena maintain macamni. Jangan bagi spark ni hilang"
Aku pernah cakap macam ni dulu to someone. Cakap senang, nak buat susah. Sebab selepas beberapa tahun, spark tu hilang.
Hilang bila salah seorang dah tak buat macam dulu lagi.
Dah tak layan macam dulu lagi.
Dah tak cakap macam dulu lagi.
Dah tak heran kau ada ke tak macam dulu lagi.
Sedih, kan?
Well, lelaki ni bila dia ada masalah dia akan hilang fokus. Lagi lah bila dia tak cerita pun masalah tu kat kita tapi tiba-tiba nak marah-marah.
Orang lelaki paling payah nak cerita masalah. Maybe bila cerita masalah, gugur segala bulu kot. Tu yang simpan pendam sorang-sorang lepastu salahkan orang lain. Lepastu jadi gila.
Orang lelaki selalu cakap perempuan complicated. Sebenarnya dia lagi lagi lagi complicated.
Aku menyampah gila yang pendam sorang-sorang lepastu tetiba cakap tak ada siapa nak share masalah ni. Kau ingat aku ni tunggul ke? Patung cendana?
Haaaaa. Done geram.
No comments:
Post a Comment