Sebenarnya kita tak perlu tunggu sampai 1 Januari pun untuk ada azam baru atau berubah.
Kalau kita nak berubah, kita berubah.
Tak perlu pun nak ada satu tarikh yang sesuai untuk itu.
Cuma tulis azam pada setiap tahun baru ni dah jadi satu habit. Padahal esok nak 1 Januari, malam tadi baru fikir azam baru. Satu tahun ada 300 lebih hari, takkan tak pernah ada rasa nak ada azam ye dak?
Dan oleh itu, aku nak bagitau lah azam aku tahun ni apa. Dah semua orang sibuk sangat nak azam baru, takkan aku tetiba nak kena tinggal bas. Walaupun umur aku tahun ni dah nak masuk 36 tahun, tapi dengan mengikuti perkembangan semasa di alam maya akan buat kita rasa lebih muda.
Rasa lebih muda tak apa.
Tapi jangan sampai rasa tak sado diri.
Ok, yang pertama-tam-tama sekaliiiiii.
Baca buku.
Sejak aku dengan bos yang sekarang ni, aku tengok dalam bilik dia ada banyak sangat buku dan dia pun selalu dapat buku. Kadang staff bagi, kadang Jabatan or Persatuan bagi atau dia beli sendiri. Dan dia pernah cakap, dengan membaca saja kita akan dapat banyak ilmu. Nak bandingkan masa aku dengan dia, aku rasa dia lagi selalu tak jejak tanah kot sebab terlalu busy tapi macamana dia boleh ada masa nak baca buku?
Sebab dia tak utamakan tidur! Hahahaha.
Jaga makan.
Sejak aku dah cecah umur 35 tahun, aku rasa cepat letih. Balik kerja baring. Badan pun dah sakit-sakit sana sini. Malam tak usah cakaplah. Kadang pukul 9:30pm dah off. Hahaha. Aku fikir, pemakanan pun ada sebagai puncalah.
Sebagai salah seorang keturunan Negeri Sembilan, kena faham ya jenis masakan orang sini macamana. Ya, berlemak saja. Walaupun tak setiap hari tapi itulah makanan yang paling digemari. Kau tau tak labu masak lemak putih pastu makan dengan sambal goreng adalah nikmat tersedap di dunia yang pernah manusia ciptakan? Huh.
Starbucks dah lama aku kurangkan. Aku suka gila apa-apa jela yang salted caramel, cheesecake atau senang cite apa-apa yang cheese lah memang kegemaran. Cokelat tak minat sangat. Jadi tak payahlah goda aku dengan benda-benda tu. Kalau cheeseeeeeee, come to Mommah!
Pointnya kat sini - nak kurangkan minuman berais, berlemak dan seafood la kot. Tapi salted egg kat Hokaido sedap gila nak mati. Macamana nak settle ni?
Khatam.
Ini bukan cerita sebab nak riak lah. Padahal bukan bagus sangat pun aku baru nak khatam kali ketiga je pun. Cuma ada sebab kenapa aku letak dalam azam tahun ni.
Kau tau tak, ada satu masa dulu (Aku tak ingat umur berapa) aku merangkak ya baca Al-Quran. Aku takut sangat masatu. Jadi, aku pergi cari balik muqaddam lama aku dan belajar balik sendiri. Sejak tu, aku memang takut gila dan sentiasa je baca Al-Quran walaupun sikit.
2014 masa pergi umrah tu, aku dah steady dah lah baca. Masa pergi umrah tu memang sepanjang masa terluang mengaji, mengaji dan mengaji. Sebab aku jenis yang lepas zohor terus tunggu sampai isyak kat masjid sebab hotel jauh masa kat Mekah. Dan masa tu jarak waktu solat tak jauh sangat. Sebab tula boleh tunggu.
Aku just nak cakap, jangan sampai kita merangkak la baca Al-Quran.
Rasa tak berguna sangat.
And of course, nak jadi lebih baik.
Setiap hari, aku selalu nak jadi lebih baik. Tak kira dari segi apa, aku just nak jadi lebih baik. Memang ada masa kita ni akan diduga dengan benda lain. Tapi aku selalu ingatkan diri, tak payah layan. Kita ni kadang-kadang hati tak tenang, tengok lain tak senang sebab kita suka melayan. Melayan perasaan. Aku pun memang terusik kadang-kadang dengan perangai certain people tapi aku tau ada sesetengah benda tu dah tak boleh diubah. Apa yang kita boleh buat adalah tak payah layan dan biarkan je.
Hubungan kita dengan Allah, hanya Dia je yang tahu.
Dan rasanya itu pun harapan semua orang supaya diri ni diterima oleh Sang Pencipta.
No comments:
Post a Comment